Selasa, 14 April 2015

THE PUNCAK JALIL HOMESTAY

KEDIAMAN TERES 2 TINGKAT DI TAMAN PUNCAK JALIL, SERI KEMBANGAN,SELANGOR

Assalamualaikum..

Kepada anda yang memerlukan penginapan harian untuk percutian keluarga di Selangor/ Kuala Lumpur, untuk menghadiri majlis perkahwinan, pendaftaran ke IPTA/IPTS, menghadiri kursus atau seminar di Putrajaya .. silalah ke homestay kami iaitu THE PUNCAK JALIL HOMESTAY. Kadar sewa harian yang berpatutan bagi penginapan teres 2 tingkat(end lot) yang mengandungi 2 bilik tidur, 3 bilik air serta lengkap dengan kemudahan memasak, membasuh dan bersantai. Kediaman ini terletak di pinggir kota Kuala Lumpur serta berdekatan dengan Putrajaya. Kawasan ini dikelilingi deretan kedai makan, masjid, kemudahan awam,klinik dan juga kompleks membeli-belah seperti Giant,AEON & IOI City Mall.

MENGENAI THE PUNCAK JALIL HOMESTAY (TPJH)

Terletak di No.23, Jalan PUJ 2/21, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Lokasi homestay :-
a) lebih kurang 5 km untuk ke Putrajaya & Hospital Serdang
b) lebih kurang 10-15km untuk ke UPM , MARDI (karnival MAHA setiap 2 tahun), UNITEN & IOI     City Mall
c) 15 minit untuk ke Giant Hypermarket, AEON Shopping Complex & Pasar Borong Selangor

**Untuk Pertanyaan lanjut & tempahan sila email ke azmisprisma@gmail.com
atau SMS/Whatsapp/Tel : 019-3488 291 (Pn.Aida) @ 012-231 3106 (En.Azmi)

KADAR SEWA

# UNTUK 2 HARI 1 MALAM - RM250.00
# CUTI SEKOLAH DAN CUTI UMUM  - RM300.00

* Untuk penginapan melebihi 3 malam, diskaun akan diberikan

1) Deposit RM100 bagi pengesahan tempahan, BAKI BAYARAN semasa daftar masuk(check-in).
    Tempahan awal amatlah dihargai.
2) Bayaran deposit yang TIDAK dijelaskan dalam tempoh 24 jam dari masa pengesahan                         tempahan/penerimaan no. akaun akan dianggap TERBATAL dan pelanggan perlu membuat               tempahan semula (tertakluk keada kekosongan)
3) Bayaran deposit bagi pembatalan pengesahan tempahan yang telah disahkan TIDAK akan                   dikembalikan.
4) Diminta agar pelanggan membaca PANDUAN PENGINAPAN sebelum membuat pengesahan 
    tempahan.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Bilik ke-2
BILIK

Master bedroom
* 2 bilik tidur bersaiz besar dilengkapi 2 katil Queen Size &      katil Double-decker single size
* fully air-conditioned
* kipas angin juga disediakan
* bilik air untuk setiap bilik (satu dilengkapi          pemanas air)
* towel mandi disediakan
* Bilik air dilengkapi shower




Ruang tamu
Meja makan


RUANG TAMU                                                               

* dilengkapi dengan sofa
* Flat screen TV
* Set meja makan untuk 8 orang
* bilik air


DAPUR

* terdapat dry kitchen yang dilengkapi dengan microwave, beberapa botol air mineral, kopi & teh          juga disediakan sebagai  penghargaan dari pihak TPJH 
* wet kitchen untuk pelanggan memasak dengan peralatan asas
   yang disedikan
* terdapat cerek & periuk nasi elektrik
* dilengkapi dengan peti sejuk 2 pintu
* mesin basuh fully automatic juga disediakan
wet kitchen
dry kitchen

















RUANG SANTAI

* ruang rehat untuk bersantai disediakan di kawasan halaman 
   rumah dilengkapi dengan radio
Ruang santai
* juga boleh digunakan untuk perokok        kerana DILARANG 
   MEROKOK DI DALAM RUMAH
* terdapat pokok-pokok bunga yang          memberikan ketenangan







PANDUAN PENGINAPAN

1) The Puncak Jalil Homestay (TPJH) hanya untuk penginap  MUSLIM sahaja
2) Pihak pengurusan TPJH TIDAK akan menyewakan rumah kepada mana-mana pasangan yang 
    nelum bernikah
3) Tetamu diminta untuk menjaga kebersihan sepanjang tempoh penginapan. Plastik sampah dan             peralatan kebersihan disediakan.
4) Tetamu dimohon memberi kerjasama dengan mengamalkan konsep kejiranan yang baik. Tidak           membuat bising yang melampau, menghormati jiran dan tidak menghalang laluan masuk jiran             sebelah.
5) Diminta tetamu supaya sentiasa mematikan suis peralatan elektrik, lampu, air-cond dan lain-lain         setiap kali meninggalkan homestay.
6) Pintu & tingkap hendaklah sentiasa ditutup dan dikunci setiap kali meninggalkan homestay.
7) Pihak TPJH juga TIDAK akan bertanggungjawad ke atas sebarang kehilangan atau kerosakn harta 
    benda yang dibawa semasa menginap disini.
8) Pihak pengurusan juga TIDAK akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan yang berlaku         disebabkan kecuaian tetamu sendiri. Sebarang tuntutan tidak akan dilayan.
9) Penjimatan penggunaan air & elektrik amatlah dihargai.
10) Pihak pengurusan TPJH berhak untuk menuntut gantirugi bagi kerosakan kemudahan-kemudahan
      yang disediakan yang diakibatkan oleh kecuaian pihak tetamu dengan nilai yang setara.
11) Pihak pengurusan TPJH tidak bole dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat gangguan bekalan       elektrik @ air semasa tempoh penginapan dimana gangguan itu disebabkan oleh kerja-kerja TNB       dan SYABAS. Sekiranya terdapat sebarang gangguan bekalan berjadual pihak pengurusan akan 
      memaklumkan sebelum tempahan dibuat.
12) Pengurusan TPJH berharap agar pelanggan dapat membaca dan memahami panduan ini sebelum         mengesahkan tempahan.


WAKTU OPERASI

Setiap ISNIN-AHAD

Check-in    : 3:00 p.m
Check-out  : 12:00 p.m

(untuk check-in awal atau check-out lewat tertakluk kepada kekosongan)

SALAM PENGHARGAAN DARI KAMI UNTUK ANDA

Terima kasih kepada semua tetamu yang telah sudi menginap di homestay kami. Semoga anda berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan dan selesa menginap di THE PUNCAK JALIL HOMESTAY. Moga dapat berurusan lagi dan sudi-sudikanlah datang lagi.

Pohon betik ditepi perigi
buahnya masak santapan bonda
Jangan serik berkunjung lagi
The Puncak Jalil Homestay menanti anda


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama